Galeri Aplikasi

SISTEM PENGURUSAN BENCANA DAERAH KEMAMAN (SBP)


  • 950 hits

Keterangan ringkas

Fenomena banjir berlaku kerana kadar keamatan hujan yang tinggi ditambah dengan faktor semulajadi air pasang yang mengakibatkan limpahan ke kawasan-kawasan rendah. Fenomena ini kebiasaannya berlaku pada Monsun Timur Laut (November hingga Mac tahun berikutnya).Banjir ini juga merupakan salah satu bencana dimana takrifan bencana merujuk kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana - Semakan 2012 iaitu:-"Suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif."Kesan daripada faktor geografi, perubahan semulajadi, faktor pembangunan, serta perubahan cuaca, bencana banjir ini sebenarnya tidak dapat diramal secara tepat malah mampu memberikan kesan langsung dan tidak langsung yang sangat kritikal walaupun secara kasarnya tanda-tanda awal dapat dilihat.Portal Sistem Pengurusan Bencana Banjir adalah suatu sistem bersepadu yang dihasilkan dengan usahasama Pejabat Daerah Kemaman dan Agensi Kerajaan yang berkaitan menerusi SKMM dalam usaha untuk memastikan pengurusan bencana banjir yang efisyen dan efektif. Jika berlakunya bencana banjir di Daerah KemamanPortal Sistem Pengurusan Bencana Banjir dirangka hasil penglibatan, pemerhatian, perlaksanaan serta Post-Mortem semasa menghadapi bencana banjir yang telah melanda Daerah Kemaman bermula pada 15 Disember 2014 sehingga 2 Januari 2015 yang lalu.Komponennya juga adalah rentetan daripada hasil cadangan bencana lepas yang terdiri daripada tindakan yang telah diambil dan belum dilaksanakan. Ianya merangkumi huraian situasi, kemampuan pelan tindakan sedia ada, penambahbaikan serta cadangan-cadangan yang difikirkan wajar diambil atau dipertimbangkan untuk diperhalusi sebelum, semasa mahupun selepas banjir.

LAWATI LAMAN WEB
  • Fungsi:

    • LAIN-LAIN
  • Jabatan:

    PEJABAT DAERAH KEMAMAN
    Jalan Sentosa,
    24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    24000, TERENGGANU
    Telefon : 098594401 | pdk@terengganu.gov.my

  • Kategori:

    PENGURUSAN PEJABAT

  • Lain-lain jabatan: